Friday, July 1, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum,

Tinggal lebih kurang 4 hari sahaja nak menyambut raya pada tahun ini. Persediaan ala kadar sahaja tahun ini. Yang pasti, cuti seminggu dah diluluskan semalam. Sedikit tip, selesai kan semua tugasan yang ada sebelum minta cuti. Baru la senang sikit nak diluluskan.

Ni tahun ke-3 sebagai suami dan ke-2 sebagai bapa. Sangat gembira bila bertambah ahli keluarga. Dapat beraya di merata-rata tempat. Tahun lepas di Pahang raya pertama, jadi tahun ini di Perak pula. Sistem bergilir sangat penting untuk menjaga keharmonian. Hahaha.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin saya ucapkan untuk semua.

Sekian,
Rafi

No comments:

Post a Comment