Wednesday, August 19, 2009

Posto posto

For the first time in 3 months, Hanis, Nabil, Kojack, Sam and I went to IFC Setapak to play futsal with the staff at my office. Although we lost, we played with great spirit. haha. We played about 2 hours nonstop. Since we never play for the last 3 months, all of our joint and muscle are aching.

As result, we came late to the office today because we slept at 3 am and tired of yesterday's game. We arrived at 2 pm. hahah. Lucky for us, nobody able to detect that we were missing in action.

The match really make us feel closer with our staff in the office. They also can 'entertain head'(layan kepala) too. We got the chance to know people from other department too.

I just can't wait for my motorcycle to arrived since i post it last Monday. Lets ride to office!!

For the time being, I'd been listening to lot of songs since it is the only entertainment i had in my office. I would like to suggest to all rockers in the world the Second Heartbeat by Avenged Sevenfold. Although it is quite an old song but the voice of M. Shadows, lead guitar by Synyster Gates, rhythm guitar by Zacky Vengeance and drum by The Rev really satisfied my eardrum to be rock whole day.

Their other songs also really good and able to make your head blow. Such as Dancing Dead, M.I.A, Warmness on the Soul, Until The End, Bat country, Afterlife, Lost, and A Little Piece of Heaven. I've always dream of being able to play guitar like Synyter Gates. hoho.

Pictures of Synyster Gates



With his fav guitar

p/s : Sorry..I'm bad in english..still trying to improve



Sunday, August 16, 2009

lame nye xupdate blog

Aku kat rumah di Chepor. Kali kedua balek rumah sejak praktikal ni. Lame nye tak update blog ni semenjak p1wimax kat umah aku tu kene potong walaupon baru je gune sebulan. Dekat pejabat plak dah tak bleh gune proxy.

Plan aku balik rumah kali ni nak pegi convofair kat UTP. Tapi macam terbantut jer. Sebab aku pon cam tak sehat balek je nih. Dah sebulan aku demam sehat demam sehat. Since aku balek Ipoh bulan lepas. Hurmm. Kesihatan aku terjejas sejak kebelakangan ini. Makan pon tak brape nak lalu. Berat aku pon dah berkurang rasenye. Tulang2 rangke aku ni makin jelas kelihatan sampai boleh kire beb. Naseb bek balek rumah ni ade laa selera skit makan. Arini aku makan 5 pinggan nasi. Wahaha.

Ooh yer. Salah satu pinggan nasi disumbangkan oleh keluarga 'Tiger'. Aku pegi kenduri tahlil kat rumah die tadi pas isyak. Dapat juge aku bertemu kawan buli aku kat sekolah dlu2. Hahah. Jangan marah ea 'Tiger'. Citer lame lupe2 kan lah ye. Hahah. Ooh yer 16hb 8 merupakan ari lahir si 'Tiger' ni. So dengan sukacita nya aku mengucapkan "selamat ari lahir ye Tiger, jangan nakal2." Wahaha. And thx for your gifts you bought from around the world. Hoho.

Sebut pasal jumpe member ni. Ujung minggu lepas aku berkesempatan bertemu seorang lagi kawan baik aku iaitu Nash. Dah lame gak aku tak jumpe die nih. Las aku jumpe die bulan 2 and time tu die kat Taiping. Pegi melawat die skali dengan cik Rose. Memang banyak lah perkara yang disembangkan. Sempat bersarapan di mapley yang ekslusif dekat rumah akak die dan merewang ke Mid Valley. Lagi satu, kalo sembang ngn die ni aku slalo panggil die "mat". Aku pon tak paham. Contoh penggunaan "mat"...weh mat,watpe mat?

Aku dah mule memasak sejak terbeli nye sebuah dapur stove kt rumah sewa aku tuh. Dah beli stove sume barang pon kne beli baru bleh masak. Kalo ade stove je ape citer. So pegi Tesco borong sume barang stove, butane, kuali, sudip, minyak, telor, bawang putih, bawang merah dan laen2. Balek2 stret masak megi goreng. Sedap woo. Bleh challenge aney kat bawah tu. So lepas ni tak payah oder dah. Wat sendiri je. tak pon bukak gerai lagi satu kat bawah apartment tu kasi lingkup aney tu punye perniagaan. Muahahah

Ermm..banyak lagi aku rase bende nak citer. Tapi dah ngntok laa plak. Gamba pon aku tak leh nak upload sebab banyak gamba dlm computer aku kt rumah sewa tuh. tak pe lah. Laen kali aku upload gambar je plak.

Yang aku ade gambar ni je. Nah tatap laa puas2

Saturday, August 1, 2009

Hari Jumaat yang memberi keinsafan kepadaku

Ooh tersentuh sungguh hati aku mendengar ceramah sebelom smyg Jumaat tadi.

Mendengar cerita tentang ketinggian akhlak Rasullullah.

Bagaimana Nabi Muhammad melayan seorang yahudi buta dan tua di hujung kampung baginda.

Ingin aku berkongsi cerita yang begitu menyentuh hati aku.

Setelah kewafatan baginda, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi pengganti Rasullullah.

Kemudian Saidina Abu Bakar meminta Siti Aisyah isteri Rasullullah menyenaraikan apakah perkara yang dilakukan oleh Rasullullah setiap hari.

Tersenarai dalam list tersebut ialah memberi makan roti kepada seorang yahudi tua yang buta yang tinggal di hujung kampung.

Kemudian Saidina Abu Bakar pergi lah untuk memberi makan kepada si tua yahudi di hujung kampung tersebut kerana itu adalah rutin harian Nabi Muhammad SAW.

Setelah sampai..orang tua yang kurang daya penglihatan itu diberi makan roti oleh Saidina Abu Bakar.

Dengan serta merta orang tua yahudi itu berkata "Kau bukan orang yang selalu memberi makan kepada aku."

Saidina Abu Bakar menjadi pelik lalu bertanya "Bagaimana kau tahu sedangkan kau seorang yang kurang daya penglihatan?"

Lelaki tua yahudi itu membalas "Orang yang selalu memberi makan kepada aku akan melembutkan dulu roti tersebut sebelum memberikannya kepada aku supaya senang aku menelannya dan dia akan duduk sehingga aku habis makan sambil mendengar aku mengutuk, mencaci dan mengeji tentang seseorang yang sangat aku benci iaitu Muhammad."

Kemudian Saidina Abu Bakar pon melakukan seperti yang dilakukan dikatakan kepada nya sebentar tadi..

Lalu orang tua itu pon makanlah roti tersebut dan akan berselang dengan kutukan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Saidina Abu Bakar sangat sedih mendengar kutukan terhadap baginda itu.. lalu menyatakan kepada yahudi tua itu "Sesungguhnya orang yang memberi kau makan setiap hari itu tidak akan lagi memberikan makanan kepada kau kerana beliau telah wafat dan orang itu adalah Nabi Muhammad SAW."

Ketika Saidina Abu Bakar hendak beredar. Orang tua yahudi itu menarik tangan Saidina Abu Bakar lalu berkata "Aku ingin kau menjadi saksi keislaman aku."

Lalu dia pon mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Saidina Abu Bakar.

Begitu lah cerita yang berjaya menyentuh hati aku ketika azan Zohor baru hendak bergema.

Aku berasa kagum akan akhlak Rasullallah..beliau tidak pernah marah kan orang tua itu sedangkan dia mengutuk, mengeji dan mencaci Rasullullah secara langsung di depan Rasullallah.

Sehinggga beliau wafat sekali pon..tidak sedikit dendam pon tersimpan dalam hati baginda..

Bagaimana mungkin kita boleh melayan orang yang selalu mencaci kita sebegitu baik..sehinggakan roti yang ingin diberi makan itu pon baginda lembutkan terlebih dahulu.

Kalau aku..dah lama aku maki balek..tapi itulah kelebihan Rasullullah. Maksum

Aku tak dapat bayangkan keindahan akhlak Rasullallah..dunia ini akan aman jikalau semua orang mengambil ikhtibar dan mengamalkan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.

AKU KAGUM!!SESUNGGUHNYA AKU INGIN BERTEMUMU YA HABIBALLAH!