Saturday, August 1, 2009

Hari Jumaat yang memberi keinsafan kepadaku

Ooh tersentuh sungguh hati aku mendengar ceramah sebelom smyg Jumaat tadi.

Mendengar cerita tentang ketinggian akhlak Rasullullah.

Bagaimana Nabi Muhammad melayan seorang yahudi buta dan tua di hujung kampung baginda.

Ingin aku berkongsi cerita yang begitu menyentuh hati aku.

Setelah kewafatan baginda, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi pengganti Rasullullah.

Kemudian Saidina Abu Bakar meminta Siti Aisyah isteri Rasullullah menyenaraikan apakah perkara yang dilakukan oleh Rasullullah setiap hari.

Tersenarai dalam list tersebut ialah memberi makan roti kepada seorang yahudi tua yang buta yang tinggal di hujung kampung.

Kemudian Saidina Abu Bakar pergi lah untuk memberi makan kepada si tua yahudi di hujung kampung tersebut kerana itu adalah rutin harian Nabi Muhammad SAW.

Setelah sampai..orang tua yang kurang daya penglihatan itu diberi makan roti oleh Saidina Abu Bakar.

Dengan serta merta orang tua yahudi itu berkata "Kau bukan orang yang selalu memberi makan kepada aku."

Saidina Abu Bakar menjadi pelik lalu bertanya "Bagaimana kau tahu sedangkan kau seorang yang kurang daya penglihatan?"

Lelaki tua yahudi itu membalas "Orang yang selalu memberi makan kepada aku akan melembutkan dulu roti tersebut sebelum memberikannya kepada aku supaya senang aku menelannya dan dia akan duduk sehingga aku habis makan sambil mendengar aku mengutuk, mencaci dan mengeji tentang seseorang yang sangat aku benci iaitu Muhammad."

Kemudian Saidina Abu Bakar pon melakukan seperti yang dilakukan dikatakan kepada nya sebentar tadi..

Lalu orang tua itu pon makanlah roti tersebut dan akan berselang dengan kutukan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Saidina Abu Bakar sangat sedih mendengar kutukan terhadap baginda itu.. lalu menyatakan kepada yahudi tua itu "Sesungguhnya orang yang memberi kau makan setiap hari itu tidak akan lagi memberikan makanan kepada kau kerana beliau telah wafat dan orang itu adalah Nabi Muhammad SAW."

Ketika Saidina Abu Bakar hendak beredar. Orang tua yahudi itu menarik tangan Saidina Abu Bakar lalu berkata "Aku ingin kau menjadi saksi keislaman aku."

Lalu dia pon mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Saidina Abu Bakar.

Begitu lah cerita yang berjaya menyentuh hati aku ketika azan Zohor baru hendak bergema.

Aku berasa kagum akan akhlak Rasullallah..beliau tidak pernah marah kan orang tua itu sedangkan dia mengutuk, mengeji dan mencaci Rasullullah secara langsung di depan Rasullallah.

Sehinggga beliau wafat sekali pon..tidak sedikit dendam pon tersimpan dalam hati baginda..

Bagaimana mungkin kita boleh melayan orang yang selalu mencaci kita sebegitu baik..sehinggakan roti yang ingin diberi makan itu pon baginda lembutkan terlebih dahulu.

Kalau aku..dah lama aku maki balek..tapi itulah kelebihan Rasullullah. Maksum

Aku tak dapat bayangkan keindahan akhlak Rasullallah..dunia ini akan aman jikalau semua orang mengambil ikhtibar dan mengamalkan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.

AKU KAGUM!!SESUNGGUHNYA AKU INGIN BERTEMUMU YA HABIBALLAH! 

 

4 comments:

  1. uish..
    insaf ak bile bace sal niy..
    hukhuk (T_T)

    ReplyDelete
  2. hurm.. sebab tu la kita kena igt... benci macam mana pun kita kat seseorang tu, benci lah seolah2 kita akan menyanyangi die satu hari nanti...

    ReplyDelete