Hilang ku selama seminggu tidak bermakna aku boleh dicari ganti. Sebab hanya ada aku sorang je dalam dunia ni. Kalo aku dah tak de. Maka tiada siapalah yang akan menulis di blog ini. Kerna aku sorang je yang tau password. Maafkan aku kerana meracau di awal2 post ini.
Sebenarnye aku dijangkiti virus2 cinta selama semingu. Ehh, virus demam. hehe. Aku demam terok. Terlantar kat atas lantai rumah aku sebab tak ade katil kat rumah sewa aku tuh. Aku dah saspek H1N1 dah. Lalu aku pergi ke klinik untuk mendapatkan kepastian. Doktor itu tak sebut sepatah haram pasal H1N1 pon. Aku kene bayar upah die cakap dengan ubat RM39. Ohh,first time bayar sendiri yuran perubatan. Naseb duet cukup2 makan je.
Ujung minggu lalu. Rakan sepengajian aku. Farid Mahfuz datang berkunjung. Mujur demam ku hampir kebah. Boleh le jugak melayan die sebagai tetamu terhormat. Sempat le jugak bertanya pasal pengalaman internship. Si Farid ni kerje kat construction site. So pada mula nye kami agak terkejut kerna menyangkakan kehadiran aney sedangkan kami tak order ape2 pon malam tuh. Rupa2 nye Si Farid. Terbakar abes kulit die kerja tengah panas. Pakai baju pon boleh tembus. Yang putih nye tinggal kat area2 koler je sebab 2 lapis. Kesian. Tapi tak pe. Gaji beliau mempunyai 6 angka (campur sekali dengan sen). Hoho
Malam sabtu tu kami pon ajaklah beliau keluar ke Downtown, Cheras. Kami pon tak pernah pergi lagi. Kami hampir berputus asa mencari parking pada awalnya. Akhirnya kami parking jugaklah walaupon jaoh. Happening sungguh area tuh. Ramai orang. Keadaannya tak ubah seperti Gerbang Malam di Ipoh. Just yang ni lebih besar. Tak de nak cari ape2 pon. Saje nak jalan2 buang masa.
Aku agak arif dengan area tu. Sebab aku pernah bersekolah di situ. Tempat tu tak adelah jaoh sangat dari sekolah aku. Jalan kaki pon boleh sampai. Tapi mengah2 dan berpeloh ketiak la. Tempat kami parking pon betol2 depan sekolah tu. Aku lihat dari luar. Pagar dah berganti baru. Teringat pula kenangan di sekolah tersebut. Kalo boleh masok sekolah malam tu. Nak je aku ajak budak2 ni gi naek tanki usang sekolah lame aku. Tengok pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam. Kehadiran bunga api di malam kemerdekaan menambahkan lagi keindahan nya. hoho
Setelah abes menyaksikan kumpulan kugiran jalanan mempersembahkan lagu Stand by Me, aku menyuruh Nabil pergi menyanyi di atas pentas karaoke. Tapi die tak nak. Malu2 dan takot kene baling dengan kasut. Kami teruskan penjelajahan dalam kesesakan orang ramai menuju entah ke mana. Masing2 mencari arah sendiri. Ade yang tengok jam. Ade yang tengok kuali. Ade juga yang tengok tuala wanita. Tipo je tak de jual tuala wanita kat situ. Kuali pon tak ade. Hak Hak.
Dah puas jalan2. Kami pon balek laa umah. Sempat juga tunjuk kat farid tempat2 clubbing yang cam best kat KL nih. antaranya Zouk dan Club Med. Serta kafe yang happening seperti Mojo Kafe dan Hard Rock Kafe. Tunjuk je tak ajak pegi pon. Rum Jungle kat Ipoh tu pon tak terpergi2 lagi. Okey insaf2. Tak payah nak pasang niat nak pergi tempat2 camtu. Haha.. Farid tido kat rumah kami malam tuh. Esok pagi baru balek umah die kat Petaling Jaya.
Ohh ye. Ni kali pertama aku menulis dari pejabat aku di level 18,tower 1, KLCC. Penat aku cari proxy nak gune internet nih. boleh tulis selalu pasni. Haha!!
Sekian
Kau patut call Cikgu Ghani lah!
ReplyDeletepasni bleh le update blog slalu even dh xde tenet kt umh.hehe
ReplyDeletezulwaqar : aku tak taw nombor cikgu ghani + die xingt sape aku dah kot
ReplyDeleterose : tapi kekadang gila jugak internet kat pejabat tuh