Sunday, December 27, 2009

Rock The World 9

Assalamualaikum,

It was my first time attending Rock The World.

Live performance do get me excited.

I do expect to meet most of my friends there.

But they were unable to showup.

Doesn't matter.

Maybe next time.

Oh..I met up with Hujan three times.

Not the band..yet the "rahmat tuhan".

Left some souvenir for RTW9.

My wet and stinky that can corrode the oil and gas pipeline pair of socks.

Sekian.

Thursday, December 24, 2009

Ulangtahun ke-2






These are some pictures that will remembering me in the future about how good is life now.

Happy Anniversary sayang~

Love you so much..hehe =)


Monday, December 21, 2009

Familyku Familymu Jua

Assalamualaikum,

Rindu kepada blog sendiri mula mencengkam diri selepas waktu hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercinta di kampung halaman aku di Ipoh. Padahal baru 3 hari tak update. Hehe. Hari Sabtu lalu, kami sekeluarga telah menganjurkan hari keluarga buat julung kalinya.

Hari keluarga yang sulong ini sangat meriah kerana kehadiran ahli2 keluarga sangat memuaskan. Pak Itam yang dari Kuala Lumpur pun sanggup turun Ipoh untuk bersama2 menyokong event ini. Kehadiran anak2 buah aku yang comel2 belaka menyebabkan aku hilang akal untuk melayan yang mana satu. Akhirnya sekor pon aku tak layan.

Event ini mengambil tempat di kawasan perkelahan terpopular di Malaysia iaitu Ulu Chepor. Haha. Event bermula sejak dari awal pagi lagi dengan menempah gazebo. Aktiviti seperti bermain bola tampar air, terjun tiruk, lawan menyelam dan bina istana pasir turut diadakan. Dan aktiviti paling menyengat semalam adalah perang-melibas-air-tujuh-sebelah.

Aktiviti memanggang ayam, ikan pari dan ikann cencaru turut diadakan. Yang pastinya ayam panggang itu sangat sedap. Aku tak laen dan tidak bukan hanya menolong makan sahaja. Event berlanjutan sehingga ke lewat petang. Tak pernah aku mandi sungai selama itu.

Tahniah aku ucapkan kepada mama kerana mengepalai event kali ini dengan jaya nya. Selepas ini mungkin boleh buat lagi. Terima kasih juga kepada ahli keluarga aku yang lain turut menjayakan aktiviti ini. Siapalah aku tanpa korang semua darah daging aku sendiri. Gambar aku tak leh nak upload sebab aku tak amik gamba pon. Sebok dok maen air je. Mungkin lain kali atau tak ade lain kali dah.

Sekian.

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum,

Kali ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah. Semoga tahun ini membawa kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. dan memohon supaya diampunkan dosa2 yang lalu.

Tahun ini aku berazam supaya akan menyempurnakan ibadah yang wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat. Insyallah. Aku juga berazam supaya menjadi lebih rajin, bertanggung jawab dan berdisiplin. Dan mematikan semua jenis urat2 nafsu syahwat dalam diri ini.

Semakin beriman orang itu semakin banyaklah syaitan yang membisikkan kejahatan kedalam hatinya. Semoga aku sentiasa dilindungi daripada bisikan2 syaitan yang durjana itu. Tenangkan diri dan cuba beristighfar.

Mungkin masa ini aku berkobar2 menyatakan azam aku di sini. Sekiranya di masa hadapan aku tidak menampakkan usaha aku ke arah mencapai azamku ini. Maka ingatkanlah aku wahai sahabat2. Sesungguhnya aku juga adalah hamba Allah yang tidak lalai dari melakukan kesalahan.

Aku akhiri entri kali ini dengan serangkap pantun dua kerat.

Pergi ke kedai membeli kain,
Semoga berjumpa di entri lain.

Sekian.

Wednesday, December 16, 2009

Siapakah Gerangan Tuan Hamba?

Assalamualaikum,

Aku baru lepas balek keje. Keje overtime hari ni. Sampai lewat malam. Ohh..aku tipu je. Aku ponteng lagi hari nih. Berapa banyak hari aku ponteng pon tak tahu. Tak cukup jari mungkin untuk mengiranya.

Beberapa hari ni kehidupan aku agak sundal macam pontianak harum sundal malam. Tido bangun tido bangun makan minum berak kencing tido balik. Esok mungkin perkara yang sama berlaku. Namun aku tabah melalui sisa kehidupan di negeri orang ini.

Terpikir aku sejenak mengenai pepatah melayu dulu2. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik ni negeri sendiri. Di sini aku ingin mempertikaikan peribahasa atau pepatah ini. Mungkin aku cetek ilmu di bidang sastera ini.

Tapi dari segi logik akal aku. Hujan membawa maksud air yang mencurah2 dari langit yang membawa rahmat. Emas pula membawa maksud sejenis logam yang amat berharga mengikut pasaran saham sekarang mungkin RM130 segram. Batu pula ialah sejenis campuran kimia yang kebiasaannya terdiri dari kuartz, kapur atau granite yang kurang nilainya.

Kenapa hujan emas kalah dengan hujan batu.?Aku terdiam. Senyum sendiri.

Sekian

Thursday, December 10, 2009

Vampire kehausan darah

Assalamualaikum,

Arini aku dermakan sedikit darah kepada vampire. Tak banyak 450ml je. Masok kali ni dah 900ml aku bagi die isap. Badan aku berkilau-kilauan sikit bile terkene cahaya matahari. Mungkin dalam proses bertukar menjadi vampire kot. Harap ade werewolf isap darah aku gak nanti. Lepas ni nyamuk isap darah aku mebi jadi vampire gak.

Bapak besar jarum nurse tu cucuk aku tadi nak amik darah. Terkejut aku. Walaupon aku dah penah derma darah. Tapi aku lupa akan saiz jarum yang pernah menghantui aku satu masa dahulu. Tapi aku wat2 cool la. Tak macho langsung kalo aku jerit terpekik terlolong depan nurse2 yang dah tua kerepot.

Bile dah selesai sume. Aku puas. Aku baru saje berjaya berkonfrontasi dengan trauma jarum picagari panjang yang masok dalam salur darah sepanjang seinci atau mungkin lebih. Aku juga akan berjasa kepada orang yang mungkin akan memerlukan darah di masa depan. How do they keep the blood in liquid condition for a long time?

Bagi orang yang banyak sangat darah atau rase nak kurus skit. Boleh la derma darah sebanyak 50 kali. Kelebihan nya. Kalau korang accident ke ape. Boleh dimasokkan ke dalam first class ward dalam erti kate laen sorang satu bilik lengkap bilik tidur, bilik air, ruang makan, balkoni, akuarium, kelambu, dan 2 orang standby nurse yang tua kerepot. Atau 2nd class ward for the whole life.

Sedikit rindu dengan ASiS. mungkin sebab tengok gamba2 kat facebook Nadly. Okey sesape OASiS yang rase nak g skolah sile ajak aku dulu. Aku tak nak g sorang2 risau cikgu ingat tukang kebun sekolah yang baru. maklumlah aku bukan orang penting skolah. Kalo g ramai2 baru konfiden skit. Rindu kat dorm lama n tangki sekolah. Cikgu pon rindu gak skit2. Heheh

Sekian.

Wednesday, December 9, 2009

Hop in Hop off

Assalamualaikum,

Aku baru balek keje. Baru jugak ajar member aku sytle bukak rokok soft pack dan care mengeluarkan rokok dengan penuh gaya. Zaman kegemilangan rokok Peter Stuyvesant dah lama tamat.

Aku cukup tak setuju bila CEO Peter Stuyvesant setuju untuk menjualkan sahamnya kepada KENT. Abes semua kau tukar. Kau tinggalkan lambang dekat batang rokok je.

Minggu ni pergi jamming lagi. Doakan aku dapat bermain drum dengan jayanya. Dah berpeluh2 ketiak aku belajar mengetuk drum. Tak pernah2 aku ketuk drum. Mungkin Afero boleh ajar aku lepas ni. Kau memang noob Kamal aku tahu.

Masa lapang di isi penuh dengan aktiviti berfaedah. Don't waste your time because time is running out. Hahah

Sekian.

p/s: sape ade gamba cover album shizuka ben aman..tolong bg..dalam usaha mencantikkan cover flow ipod aku

Wednesday, December 2, 2009

Time

Time will not heal all of your pain

I cannot wait for it all to come crashing

Down on your face, ripping your veins out

Your inside win and kill you from within

-Shogun-


Tuesday, December 1, 2009

Selamat Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Haji
Tinggal sebulan je lagi tempoh penyiksaan
Logbook baru sampai week 10
Tapi antar timesheet awal je

SV UTP bile kau nak datang?
Jangan datang lambat sgt
Jangan datang awal sgt

Kepada trainee baru
Sila jangan contohi sifat aku
Selalu pegi jumpe SV ye

Hidup ni perlu tenang
Berharap dan terus berharap
Bile keadaan terdesak
Baru mendesakkan diri