Assalamualaikum,
Rindu kepada blog sendiri mula mencengkam diri selepas waktu hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercinta di kampung halaman aku di Ipoh. Padahal baru 3 hari tak update. Hehe. Hari Sabtu lalu, kami sekeluarga telah menganjurkan hari keluarga buat julung kalinya.
Hari keluarga yang sulong ini sangat meriah kerana kehadiran ahli2 keluarga sangat memuaskan. Pak Itam yang dari Kuala Lumpur pun sanggup turun Ipoh untuk bersama2 menyokong event ini. Kehadiran anak2 buah aku yang comel2 belaka menyebabkan aku hilang akal untuk melayan yang mana satu. Akhirnya sekor pon aku tak layan.
Event ini mengambil tempat di kawasan perkelahan terpopular di Malaysia iaitu Ulu Chepor. Haha. Event bermula sejak dari awal pagi lagi dengan menempah gazebo. Aktiviti seperti bermain bola tampar air, terjun tiruk, lawan menyelam dan bina istana pasir turut diadakan. Dan aktiviti paling menyengat semalam adalah perang-melibas-air-tujuh-sebelah.
Aktiviti memanggang ayam, ikan pari dan ikann cencaru turut diadakan. Yang pastinya ayam panggang itu sangat sedap. Aku tak laen dan tidak bukan hanya menolong makan sahaja. Event berlanjutan sehingga ke lewat petang. Tak pernah aku mandi sungai selama itu.
Tahniah aku ucapkan kepada mama kerana mengepalai event kali ini dengan jaya nya. Selepas ini mungkin boleh buat lagi. Terima kasih juga kepada ahli keluarga aku yang lain turut menjayakan aktiviti ini. Siapalah aku tanpa korang semua darah daging aku sendiri. Gambar aku tak leh nak upload sebab aku tak amik gamba pon. Sebok dok maen air je. Mungkin lain kali atau tak ade lain kali dah.
Sekian.
mama mu mama ku jua rafi~ rose jgn mare~
ReplyDeletekrmslm dgn mama~
famili mung famili ku..
ReplyDeletefamili ku bkan famili mung..
sori..
haha..
hahah...macam bace karangan nak hantar exam pulak.hahah
ReplyDeletelen kali leh join.hehe
wani : baek akan kem salam kepada mama..
ReplyDeletealep : aku tak nak jadi famili kau!!
rose : memang niat nak hantar karangan ni kepada cikgu rose kalo boleh..boleh je kalo nak join..heheh
salam. wahh.. hari keluarga... dah lama saya tak rasa hari keluarga. seingat masa kecik dulu pernah buat. skrg masing2 dah besar dah malas. hehe..
ReplyDeleteayisy: dah besar ni wat family day lagi happening!!
ReplyDeletehaha..bukan ko tak leh amek gambar sebab kamera kat ko kat aku ke? huhu..
ReplyDeletenash: aahlaa..kamera aku kt ko..nnt aku g amik eyh
ReplyDelete