Assalamualaikum,
Kali ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah. Semoga tahun ini membawa kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. dan memohon supaya diampunkan dosa2 yang lalu.
Tahun ini aku berazam supaya akan menyempurnakan ibadah yang wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat. Insyallah. Aku juga berazam supaya menjadi lebih rajin, bertanggung jawab dan berdisiplin. Dan mematikan semua jenis urat2 nafsu syahwat dalam diri ini.
Semakin beriman orang itu semakin banyaklah syaitan yang membisikkan kejahatan kedalam hatinya. Semoga aku sentiasa dilindungi daripada bisikan2 syaitan yang durjana itu. Tenangkan diri dan cuba beristighfar.
Mungkin masa ini aku berkobar2 menyatakan azam aku di sini. Sekiranya di masa hadapan aku tidak menampakkan usaha aku ke arah mencapai azamku ini. Maka ingatkanlah aku wahai sahabat2. Sesungguhnya aku juga adalah hamba Allah yang tidak lalai dari melakukan kesalahan.
Aku akhiri entri kali ini dengan serangkap pantun dua kerat.
Pergi ke kedai membeli kain,
Semoga berjumpa di entri lain.
Sekian.
awal muharram dgn maal hijrah same ke?
ReplyDeleteSamela maal hijrah ngn awal muharram tu wani oi..isk isk isk
ReplyDeleteamiinnn... =)
ReplyDeleteamin:)
ReplyDeletehehe