Monday, July 6, 2009

Saturday Night Fever

Seperti hari2 sabtu yang lepas.Aku dan rakan2 serumah telah merancang sesuatu aktiviti sempena ujung minggu. Yelah kan, penat kerja 5 ari berturut2(bajet wat kerja lah). Nak juga rasenye melepaskan ke'tension'an yg terbuku di jiwa ini.Setelah berbincang 5 hari 5 malam. Kami memilih aktiviti 'berkaraoke' untuk mggu ini. Budak2 ni memang dah lame hendak berkaraoke..just tak de mase yg sesuai je. Aku tak de lah teringin sgt nk karaoke. Maklumlah suara aku tak lah sedap sangat. Tapi dah sume orang nk pegi karaoke tak kan aku nak duduk sorang2 kat rumah masok air. So aku pon layankanlah kepala diorang nih

Di malam jumaat lepas balek kerja sambil lepak2..kami pon berbincang buat kali terakhir. Sudah tahu ape nak buat ujung minggu ni..tapi tak tahu nak karaoke yang best nye kat mane.Tibe2 satu suare datang dari arah belakang(suara Jaws sebenarnye).

"Haaaa...Aku taw tempat bes nak karaoke..Dekat area2 Alamanda,Putrajaya."

Kami pon setuju lah hendak pegi ke sana keesokan harinya.

Di hari sabtu nya..bermulalah pengembaraan kami ke Alamanda,Putrajaya. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 530 petang selepas mengemas rumah dan shopping barang2 rumah di Carrefour tengahari tuh. Tiada sorang pun dikalangan kami yang tahu jalan yang sebenarnye ke Putrajaya...namun atas semangat untuk meng'explore' jalan di Kuala Lumpur ini..kami redah
jugak lah jalan ikot naluri. Nasib baek kami mendapat pertolongan daripada Jaws n Cik Rose saya dalam menempuh jalan2 yang bakal di lalui ke Putrajaya

Kami tiba di Alamanda betul2 time azan magrib berkumandang. Lepas sembahyang di surau Alamanda yang sesak..kami pun jalan2 lah kat Alamanda. Hanis sempat membeli seluar slack baru sebagai ganti seluar nya yang di terbangkan oleh angin semasa menyidai nya di luar balkoni minggu lalu. Jaws pula sempat membeli sepasang kasut untuk persediaan pergi ke pejabat keesokan harinya(kesian kene kerja ari Ahad..hahaha). Aku je tak sempat beli ape2 kerna duet ku sudah di belanjakan untuk membeli coffee table di Carrrefour tengahari tadi untuk dijadikan meja untuk komputer aku di rumah..so aku windows shopping je lah

Sesudah bersuka ria di Alamanda. Kami pon bertolak lah ke lokasi yang dikatakan best untuk berkaraoke oleh Jaws tempoh hari. Sudah 30km berlegar-legar xsampai2 juga ke tempat karaoke yang di maksudkan.Dalam pukul 1030 malam baru lah sampai ke tempat yang dimaksudkan. Rupa2 nya kami dah terlepas ke Nilai,Negeri Sembilan. Setibanya di lokasi,kami tidak melepaskan peluang untuk memaki hamun Jaws. Hal ini kerana tempat itu sangat lah jaoh dari Alamanda!!!Hampeh Jaws!!

Sementara menunggu waktu untuk berkaraoke yang start nya pukul 1100. Kami pun minum2 lah dulu sebab lapar sangat tak makan malam lagi. Tak makan berat2, just minum sebab kata Nabil yang pro dalam bab karaoke nih die penah nak termuntah semasa menyanyi kerana perot nya penuh dengan makanan.

Sesudah habis minum2. Kami pon masok lah ke bilik karaoke. 2 jam kami berkaraoke tanpa henti. Naek mengah dan pecah suara sorang2. Sudah penat bertegang urat tengkuk dalam bilik karaoke tuh(macam bergaduh pulak) kami pun balik lah kerumah masing2. Jaws pergi tidur di rumah kawan nya yang dibawa time karaoke dan kami pula pulang lah ke Pandan Court yang tercinta. Begitu lah tamat nya pengembaraan kami ujung minggu nih. Sekian

ini lah yang dinamakan bertegang urat

Nabil,Jaws,Saiful n Hanis dengan gaya yang tersendiri

walaupun tidak menyanyi, kehadiran nya turut mewarnai malam kami

muka2 penat selepas bertegang urat dan fikir lagu apa lagi hendak dinyanyikan selepas ini

ini le member Jaws tu..aku xingt dah name die ape..short term memory hancus

p/s: nak karaoke dengan cik Rose pula pasni..hee =D

2 comments: