Sekarang ni dah lebih sebulan aku menjalani praktikal di PETRONAS Carigali,KLCC. Banyak kisah suka duka aku di situ. Aku yakin rakan2 sekerja aku turut merasakan ape yang aku rasa..hahah. Di hari pertama, aku telah dimasukkan ke dalam department 'offshore installation' di bawah penguasaan En Abdul Aziz Yaacob yang jua memainkan peranan selaku 'supervisor' aku. Sejak berada di bawah pemerintahannya aku sangat lah rileks. Hal ini kerna die seorang yang sangat sebok. Maklumlah die merupakan Senior Manager. Meeting sana sini tanpa henti, maka terbiar lah aku terkapai2 keseorangan di pejabat.
Sesudah 2 minggu baru die sedar yang bahawa die memang tak boleh memikul tanggungjawab nya dalam meng'supervise' aku. Oleh kerana jawatan nye yang besar, dengan suka cita nya die menyerahkan aku kepada orang bawahan dia iaitu En Md Nabil Md Yusoff. Pada mula nya memang aku terasa seperti diriku ini seperti sebentuk baton yang bisa di pass2 kan. Tapi aku biarkan perasaan itu lenyap seperti kumbang hitam dalam malam. Hohoh.
En Nabil ni pon besar lah jugak pangkat nye. Die merupakan seorang Manager bagi department 'platform installation'. Oleh kerana itu die jua merupakan seorang yang sebok di tambah pula dengan ade nye beberapa projek baru yang hendak dilaksanakan terlebih dahulu yang mana 'priority'nya lebih tinggi daripada meng'supervise' aku. Tapi alhamdulillah dalam sebok2 tuh, sempat jugak die membawa aku ke Oil Fab untuk menyaksikan acara 'loadout of jacket'. Unfortunately, the loadout was canceled due to the leakage of the ballast tank on the barge. Fortunately I managed to visit the fabrication yard.
Tapi sebenarnya aku enjoy je kat pejabat tu. Memang dari awal2 intern lagi aku cadang nak rilek. Pemalas la katekan. Wahaha. Inilah pencapaian aku sepanjang intern di KLCC
i) Sudah beberapa kali tengok wayang kat TGV KLCC semasa waktu pejabat.
ii) Berlari2 sambil membawa kertas dan berpura2 sebok.
iii) Maen DoTA sampai kantoi dengan admin executive.
iv) Maen cs.
v) Tidor kat workstation.
vi) Lepak lame2 kat 'pantry' xingat dunia.
vii) Bersembang dengan mak cik yang jaga 'pantry'.
viii) Datang lambat serta balek awal
ix) Terlalu banyak untuk disenaraikan
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hahah.
Okeylah. Aku nak wat kerja sikit nih. Orang yang sebok ah katekan
Gambar ke 4 tu, kuding buat ape?
ReplyDeleteBaca jam ke? hahah
rose: bukan tu bekas buah anggur..dapat free kalo ade miting
ReplyDeleteoowh.. haha. xmcm buah anggur je..
ReplyDeleteak na repot kat GM akan kwujudan blog ni..
ReplyDeleterose : memang bukan buah anggur pon.(-_-)diulang bekas tempat letak buah anggur
ReplyDeletewan ahmad : report r..aku rase die pon akan setuju ngn aku..wahaha